Monday, 22 February 2016

galeri

galeri skktem

Kurikulum

b&k

kokurikulum

koko

carta organisasi

organisasi skktem

SEJARAH PENUBUHAN SKKTEM


03 Ogos 2014, SK Kompleks Tembesu dengan rasminya menerima 246 orang murid bersama 24 orang guru. Manakala 3 orang pentadbir di bawah naungan Tuan Guru Besar, En. Ahmad Yusof b. Abdul Rahman. Sahsiah Mulia Akademik Terbilang, itulah moto tersurat.
 
Bersyukur ke hadrat Ilahi, 12 kelas telah berjaya dibuka, iaitu murid tahun 2 hingga tahun 5. Terima kasih yang tidak terhingga kepada PPD Kuala Terengganu, Tuan Haji Jalani b. Sulong, pegawai-pegawai PPD dan JPNT yang tidak pernah pudar memberi sokongan.
 
Kepada insan guru dan warga SKKTEM, sambutan hari raya kali pertama pada 07 Ogos 2014, telah membuktikan kemampuan warga SKKTEM, dengan dihadiri oleh Y. bhg. Dato’ Basir b. Ismail. Kemeriahan suasana hari raya berjaya memikat hati wartawan sehingga nama SKKTEM terpampang di dada akhbar.
  
SKKTEM telah berjaya menjadi anak angkat UniSZA seperti yang diumumkan oleh Naib Canselor UniSZA, Profesor Dato’ Dr. Yahaya b. Ibrahim, menerusi Hari Karnival Pendidikan SKKTEM pada 26 Mac 2015. Kini SKKTEM mengorak langkah bersama komitmen guru yang semakin menyerlah. Pelbagai program telah dilaksana.
 
Kecemerlangan mulai dicipta menerusi bidang Kurikulum, Kokurikulum, Koakademik dan PIBG. Sokongan PIBG yang dipimpin oleh Tuan Haji Azaiz b. Abdullah terjalin erat. Kembara Merdeka sekali lagi mendapat liputan wartawan Sinar Harian. Hubungan akrab antara murid, guru dan PIBG diutamakan. Pada tahun 2015, seramai 72 orang murid telah menjadi putera-puteri sulung dalam UPSR, dan seramai 4 orang berjaya mendapat 5A dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 2.04.

Hal Ehwal Murid

Bahagian Hal Ehwal  Murid