Sunday, 21 February 2016

Kepentingan Pendidikan Islam

Islam telah memerintah ibubapa bertanggungjawab kejalan yang di redhai Allah SWT.  Secara tidak lansung para ibu bapa membimbing dan memperlihatkan anak-anak mereka supaya tidak kehilangan jejak dan sesat dalam keraguan dan kecurigaan.
Pendidikan adlah wajib bagi setiap umat Islam sama ada lelaki mahupun wanita.  Masyarakat yang berilmu dan pendidikan adalah masyarakat yang terbaik.  Tetapi mengapa masyarakat hari ini kucar-kacir walaupun ramai golongan intelek dan berilmu pengetahuan?  Perlulah di ketahui bahawa pendidikan pada hari ini banyak melahirkan generasi yang tidak bermoral dan rosak akhlaknya.  Rata-rata pendidikan sekular tidak dapat membentuk seseorang menjadi seorang yang bertakwa dan berguna dalam masyarakat.  Malah mereka hanya di canang akan untuk mendapat jawatan yang tinggi dan gaji yang lumayan setelah tamat pengajian.
Kesan kebangkitan Islam kini telah membuat ramai ibu bapa mula sedar akan pentingnya pendidikan Islam.  Mereka mahu anak-anak mereka dididik dengan ajaran agama Islam sejak dari kecil lagi.  Mereka mula menghantar anak-anak ke Tadika Islam untuk dilatih dan dididik dengan ajaran Islamik.  Ini kerana sebahagian besar daripada ibu bapa itu lemah pengetahuan dan amalan Islam dan tidak mampu mendidik anak-anak sendiri mengikut ajaran Islam.  Sekiranya mereka jahil dengan ilmu Islam dan corak hidup secara Islam, janganlah anak-anak dibiarkan jahil dan sesat juga.  Kasihan kepada mereka yang masih putih bersih itu terpaksa dicorakkan dengan satu sistem yang kotor dan tidak bermakna.
Tugas untuk mendidik kanak-kanak adalah sukar untuk dilaksanakan oleh seorang yang berjiwa keras dan kasar, tetapi perlu jiwa yang halus dan lembut.  Kebiasaannya, mendidik anak-anak lebih berkesan dilakukan oleh kaum wanita, terutamanya diperingkat tadika.  Guru yang lembut, penyayang serta berdisiplin dapat mencoraki bukan sahaja peribadi kanak-kanak, malah peribadi ibu bapa kanak-kanak tersebut.
Ibu bapa ayang jahil apabila anak-anaknya berakhlak akan membuat mereka tertarik dengan didikan yang diberikan oleh guru tersebut.  Lantas mereka secara tidak lansung akan terpengaruh dengan didikan dan tarbiah secara tidak lansung dari anak-anaknya.  Misalnya seorang kanak-kanak yang dilatih di Tadika Islam, disana mereka di ajar bersolat, berpuasa, menutup aurat dan sebagainya.  Apabila pulang ke rumah didapati ibu bapanya tidak bersolat, lalu ditanya kepada ibu bapanya mengapa tidak bersolat sedangkan solat itu wajib disisi Islam.  Maka dengan sendirinya ibu bapa akan sedar akan kejahilan mereka selama ini.  Sedangkan anak mereka bersungguh-sungguh melaksanakan solat lima waktu sehari semalam.  Mereka akan rasa terpukul kerana jika seorang budak boleh mentaati perintah ASllah SWT, kenapa pula mereka selaku orang tua tidak sanggup melaksanakannya.

No comments:

Post a Comment