Tuesday, 1 March 2016
Monday, 22 February 2016
SEJARAH PENUBUHAN SKKTEM
03 Ogos
2014, SK Kompleks Tembesu dengan rasminya menerima 246 orang murid bersama 24
orang guru. Manakala 3 orang pentadbir di
bawah naungan Tuan Guru Besar, En. Ahmad Yusof b. Abdul Rahman. Sahsiah Mulia
Akademik Terbilang, itulah moto tersurat.
Bersyukur ke hadrat Ilahi, 12 kelas telah
berjaya dibuka, iaitu murid tahun 2 hingga tahun 5. Terima kasih yang tidak
terhingga kepada PPD Kuala Terengganu, Tuan Haji
Jalani b. Sulong, pegawai-pegawai PPD dan JPNT yang tidak pernah pudar memberi
sokongan.
Kepada insan
guru dan warga SKKTEM, sambutan hari raya kali pertama pada 07 Ogos 2014, telah
membuktikan kemampuan warga SKKTEM, dengan dihadiri oleh Y. bhg. Dato’
Basir
b. Ismail. Kemeriahan
suasana hari raya berjaya memikat hati wartawan sehingga nama SKKTEM terpampang
di dada akhbar.
SKKTEM telah
berjaya menjadi anak angkat UniSZA seperti yang diumumkan oleh
Naib Canselor UniSZA,
Profesor Dato’ Dr.
Yahaya b. Ibrahim,
menerusi Hari
Karnival Pendidikan
SKKTEM
pada 26 Mac 2015.
Kini SKKTEM mengorak langkah bersama komitmen guru yang semakin menyerlah.
Pelbagai program telah dilaksana.
Kecemerlangan mulai dicipta menerusi
bidang
Kurikulum, Kokurikulum, Koakademik dan
PIBG. Sokongan PIBG yang dipimpin oleh Tuan Haji Azaiz b. Abdullah terjalin
erat. Kembara Merdeka sekali lagi mendapat liputan wartawan Sinar Harian.
Hubungan akrab antara murid, guru dan PIBG diutamakan. Pada
tahun 2015, seramai 72 orang murid telah menjadi putera-puteri sulung dalam
UPSR, dan seramai 4 orang berjaya mendapat 5A dengan Gred Purata Sekolah (GPS)
2.04.
Hal Ehwal Murid
Bahagian Hal Ehwal Murid
Sunday, 21 February 2016
Kepentingan Pendidikan Islam
Islam telah memerintah ibubapa bertanggungjawab kejalan yang di redhai Allah SWT. Secara tidak lansung para ibu bapa membimbing dan memperlihatkan anak-anak mereka supaya tidak kehilangan jejak dan sesat dalam keraguan dan kecurigaan.
Pendidikan adlah wajib bagi setiap umat Islam sama ada lelaki mahupun wanita. Masyarakat yang berilmu dan pendidikan adalah masyarakat yang terbaik. Tetapi mengapa masyarakat hari ini kucar-kacir walaupun ramai golongan intelek dan berilmu pengetahuan? Perlulah di ketahui bahawa pendidikan pada hari ini banyak melahirkan generasi yang tidak bermoral dan rosak akhlaknya. Rata-rata pendidikan sekular tidak dapat membentuk seseorang menjadi seorang yang bertakwa dan berguna dalam masyarakat. Malah mereka hanya di canang akan untuk mendapat jawatan yang tinggi dan gaji yang lumayan setelah tamat pengajian.
Kesan kebangkitan Islam kini telah membuat ramai ibu bapa mula sedar akan pentingnya pendidikan Islam. Mereka mahu anak-anak mereka dididik dengan ajaran agama Islam sejak dari kecil lagi. Mereka mula menghantar anak-anak ke Tadika Islam untuk dilatih dan dididik dengan ajaran Islamik. Ini kerana sebahagian besar daripada ibu bapa itu lemah pengetahuan dan amalan Islam dan tidak mampu mendidik anak-anak sendiri mengikut ajaran Islam. Sekiranya mereka jahil dengan ilmu Islam dan corak hidup secara Islam, janganlah anak-anak dibiarkan jahil dan sesat juga. Kasihan kepada mereka yang masih putih bersih itu terpaksa dicorakkan dengan satu sistem yang kotor dan tidak bermakna.
Tugas untuk mendidik kanak-kanak adalah sukar untuk dilaksanakan oleh seorang yang berjiwa keras dan kasar, tetapi perlu jiwa yang halus dan lembut. Kebiasaannya, mendidik anak-anak lebih berkesan dilakukan oleh kaum wanita, terutamanya diperingkat tadika. Guru yang lembut, penyayang serta berdisiplin dapat mencoraki bukan sahaja peribadi kanak-kanak, malah peribadi ibu bapa kanak-kanak tersebut.
Ibu bapa ayang jahil apabila anak-anaknya berakhlak akan membuat mereka tertarik dengan didikan yang diberikan oleh guru tersebut. Lantas mereka secara tidak lansung akan terpengaruh dengan didikan dan tarbiah secara tidak lansung dari anak-anaknya. Misalnya seorang kanak-kanak yang dilatih di Tadika Islam, disana mereka di ajar bersolat, berpuasa, menutup aurat dan sebagainya. Apabila pulang ke rumah didapati ibu bapanya tidak bersolat, lalu ditanya kepada ibu bapanya mengapa tidak bersolat sedangkan solat itu wajib disisi Islam. Maka dengan sendirinya ibu bapa akan sedar akan kejahilan mereka selama ini. Sedangkan anak mereka bersungguh-sungguh melaksanakan solat lima waktu sehari semalam. Mereka akan rasa terpukul kerana jika seorang budak boleh mentaati perintah ASllah SWT, kenapa pula mereka selaku orang tua tidak sanggup melaksanakannya.
Kaunseling
Guru Bimbingan dan Kaunseling memainkan peranan yang amat penting dalam usaha menjayakan agenda pembangunan insan. Guru Bimbingan dan Kaunseling merupakan pembimbing, pemegang amanah ibu bapa untuk mendidik anak-anak dan penggerak pembangunan kemajuan sekolah. Mereka seharusnya dilihat sebagai satu kerjaya mulia. Dalam usaha melahirkan murid yang cemerlang secara total, ianya tidak akan berjaya sekiranya tidak disokong dengan kesungguhan Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah rendah menjalankan tugas yang telah diamanahkan.
Tanngungjawab sebagai seorang guru adalah melahirkan generasi yang berilmu, mempunyai akhlak yang mulia dan mampu memberi sumbangan yang positif kepada keluarga, masyarakat dan negara. Oleh itu, Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu memainkan peranan yang sewajarnya dalam usaha mencapai kecemerlangan agar transformasi sosial yang kita inginkan menjadi kenyataan. Kemajuan sesebuah negara bukan sahaja didorong oleh masyarakat yang berilmu dan berpendidikan tinggi tetapi merangkumi keseluruhan pembangunan sahsiah setiap individu.. Hasrat untuk melahirkan insan yang mempunyai keseimbangan dari segi JERI seperti mana dalam falsafah pendidikan boleh dicapai sekiranya Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah rendah komited, berdedikasi dan bersungguh-sungguh menjalankan tugas dan bersedia melaksanakan perubahan.
Baik di sekolah menengah mahu pun di sekolah rendah panggilan untuk guru ini ada pelbagai seperti guru kaunseling, kaunselor dan sebagainya. Kementerian Pelajaran telah menyelaraskan dari segi panggilan ini sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa. Melalui surat-surat pemberitahuan, Kementerian telah menjelaskan nama dan tugas serta peranan sebenar guru bimbingan dan kaunseling.
Tugas Guru Bimbingan dan Kaunseling adalah memberikan perkhidmatan secara sepenuh masa dalam bidang bimbingan dan kaunseling di sekolah seperti mana guru-guru matapelajaran yang lain. Guru matapelajaran lain mengajar subjek masing-masing dan dalam Guru Bimbingan dan Kaunseling mereka sepatutnya secara sepenuh masa menjalankan tugas mereka membimbing dan kaunseling murid-murid. Antara tugas dan tanggungjawab mereka adalah menjalan perkhidmatan kaunseling individu dan kelompok, kerjaya, akademik, psikososial, kesejahteraan mental, keibubapaan, pembangunan diri murid, pendidikan pencegahan dadah-rokok-HIV-AIDS serta pengurusan dan kaunseling.
Salah satu perkara yang sering menjadi isu dan salah tafsiran adalah waktu bertugas Guru Bimbingan dan Kaunseling, ada yang berpendapat termasuk sebilangan Guru Besar, mereka bertugas mengikut waktu pejabat tetapi hakikatnya seperti mana dalam surat-surat pekeliling dan lain-lain yang dikeluarkan oleh kementerian, waktu bertugas Guru Bimbingan dan Kaunseling adalah seperti mana guru-guru biasa yang lain. Perkara ini terjadi berkemugkinan kerana gelaran mereka sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa. Salah tafsiran perkataan sepenuh masa itu yang menyebabkan ramai menganggap mereka bertugas sepenuh masa seperti pegawai-pegawai yang bertugas waktu pejabat.
Satu lagi isu yang sering berlaku adalah Guru Bimbingan dan Kaunseling diberikan jadual waktu mengajar mata pelajaran yang mana perkara ini telah ditegaskan oleh Kementerian bahawa guru-guru ini tidak sepatutnya diberikan waktu mengajar. Jika guru mata pelajaran mengajar subjek seperti matematik, maka Guru Bimbingan dan Kaunseling “mengajar” atau dalam ertikata lain membimbing dan kaunseling murid-murid sepenuh masa. Dalam hal ini pentadbir sekolah khasnya Guru Besar harus faham dan jelas akan arahan Kementerian dan akur dengannya kerana peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk memberi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang mantap, berterusan dan sentiasa tersedia untuk murid-murid dan melalui perkhidmatan inilah sangat diharapkan memberi sumbangan ke arah kemajuan serta kesejahteraan sekolah. Sebilangan Guru Besar yang tiada pendedahan akan perkara ini biasanya akan salah tafsir akan waktu bertugas dan tugas sebenar guru-guru ini yang menyebabkan mereka diberikan waktu mengajar.
Kesimpulannya, Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah harus peka akan perkara ini. Guru Besar yang baru dilantik harus diberi pendedahan akan perkara ini, dan tidak boleh menggangap mereka semua sepatutnya tahu kerana mereka dulu adalah guru. Pendedahan peranan dan tugas Guru Bimbingan dan Kaunseling kepada pentadbir sekolah amat penting kerana tanpa pendedahan seringkali berlaku konflik antara pentadbir dan Guru Bimbingan dan Kaunseling. Jika konflik ini berlaku sudah pasti hasrat kementerian akan gagal. Di sesebuah sekolah, hubungan erat antara Guru Besar dan Guru Bimbingan dan Kaunseling amat penting dalam melaksanakan agenda ke arah melahirkan murid-murid yang cemerlang, bukan sahaja dari segi akademik malah dalam semua aspek.
Subscribe to:
Comments (Atom)